Sukan dan Hiburan

Amukan Owen


LONDON: Penyerang England, Michael Owen menjumpai gawang dua kali sejak kembalinya daripada kecederaan ketika membantu Newcastle menang 3-0 ke atas West Bromwich Albion di Hawthorns, awal pagi tadi.

Owen, yang terlepas dua perlawanan sebelum ini kerana kecederaan hamstring menyambut hantaran lintang Charles N’Zogbia dengan sepakan lambung menarik seminit selepas separuh masa kedua sebelum menambah satu lagi jaringan dengan penyudahan dari jarak dekat hasil gerakan Kieron Dyer pada minit ke-78.

Pemain gantian, Alan Shearer menyumbat gol ketiga dua minit kemudian bagi membolehkan Newcastle melonjak ke tempat ke-10 dalam senarai kedudukan Liga Perdana Inggeris. West Brom kekal di tangga ke-17.

Penyandang juara, Chelsea yang menewaskan Blackburn Rovers 4-2 kelmarin, kekal berada di persada liga dengan 31 mata. Wigan Athletic mempunyai 22 mata manakala Tottenham Hotspur dan Bolton Wanderers berkongsi 20. - Agensi

Harian Metro 31 Okt 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home