Sukan dan Hiburan

Yulianto Perkuat Benteng Selangor

BENTENG Selangor tidak akan menjadi mangsa kritikan peminat skuad Merah Kuning lagi musim depan apabila juara Piala Malaysia itu hampir pasti mendapatkan khidmat pertahanan kelab Persija Jakarta, Charis Yulianto.
`
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Hamidin Mohd Amin, berkata skuad Gergasi Merah berminat mendapatkan khidmat pertahanan kebangsaan Indonesia itu selepas dia membuktikan kemampuannya ketika mewakili negaranya dalam Piala Tiger tahun lalu.
`
“Musim ini, skuad Selangor dikritik hebat apabila bahagian pertahanan didakwa gagal mempamerkan permainan baik hingga melepaskan banyak gol.
1
“Biarpun kita berjaya mencipta sejarah dengan menjulang tiga piala musim ini, kita perlu memastikan benteng mantap bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan dan misi mempertahankan Piala Malaysia dan Piala FA,” katanya kepada Arena Metro, semalam.
`
Gergasi Merah sebelum ini dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmat bekas penyerang Sabah dari Liberia, Josiah Seton, yang musim ini beraksi di Liga Bolasepak Kanada.
`
Bagaimanapun, Hamidin berkata, FAS berpuas hati dengan kemampuan barisan serangannya yang diketuai penyerang Indonesia, Bambang Pamungkas dan penyerang dari Argentina, Brian Fuentes serta dibantu Khalid Jamlus dan Haris Safwan Kamal.
`
“Kita tidak mempunyai masalah di bahagian serangan kerana mereka telah membuktikan kemampuan sebenar apabila membantu Selangor memenangi tiga piala musim lalu.
`
“Di samping serangan paling berbisa di negara ini, kita juga mempunyai bahagian tengah yang begitu mantap dengan adanya Shukor Adan, K Sanbagamaran, Elie Aiboy, Amri Yahyah dan Nazab Hidzan,” katanya.
`
Katanya, FAS sudah mengadakan perbincangan dengan Charis bulan lalu dan perbincangan lanjut akan diadakan dengan pemain itu tidak lama lagi.
`
“Pengurus pasukan, Datuk Satim Diman akan ke Indonesia tidak lama lagi bagi menguruskan kedatangan pemain itu ke negara ini,” katanya.
`
Hamidin berkata, skuad Merah Kuning itu tidak menyambung khidmat dua pemain simpanan iaitu penjaga gol, Mohd Fahmi Mat Isa dan pertahanan, Norhisham Kamaruddin.
`
“Pertahanan tengah, Saifunizam Husin yang sebelum ini berura-ura kembali ke pangkuan Kelantan menyatakan hasratnya untuk kekal dengan Selangor untuk musim depan.
`
“Kita juga hanya mendapatkan pemain Negeri Sembilan, K Rajan bagi memantapkan bahagian tengah pasukan dan satu atau dua pemain tempatan tidak lama lagi,” katanya. - Kamarulzaman Pid
`
Harian Metro 18 Oktober 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home