Sukan dan Hiburan

Nicol ke separuh akhir Terbuka British

RATU skuasy negara Nicol David bangkit daripada kekalahan dua set awal sebelum memastikan tempat ke separuh akhir kejohanan Terbuka British mengatasi pemain tuan rumah Vicky Botwright pada saingan suku akhir di Manchester, semalam.

Nicol, pilihan ketiga, dipaksa berhempas-pulas oleh pilihan keenam itu dalam masa 71 minit sebelum mara dengan kemenangan 8-10, 7-9, 9-1, 9-1, 9-2 untuk bertemu seteru utamanya - pilihan pertama dan pemain nombor satu dunia Rachael Grinham dari Australia pada separuh akhir hari ini.
S
Grinham tewas set pertama kepada pilihan ketujuh Jenny Duncalf dari England 5-9 tetapi bangkit untuk memenangi tiga set seterusnya 9-4, 9-6, 9-1 bagi mengesahkan tempat.
s
Secara kebetulan, Grinham memadamkan impian Nicol untuk mara lebih jauh pada kejohanan berprestij itu tahun lalu dengan kemenangan tiga set pada suku akhir.
s
Kedua-dua pemain itu sudah bertemu sebanyak lapan kali dalam sirkit profesional sejak 2000 dengan Grinham mengungguli rekod menang kalah 5-3. Namun Nicol memenangi pertemuan terkini dalam lima set pada Terbuka Malaysia di Bukit Jalil Julai lalu.
s
Pada ketika Nicol meraikan kejayaan ke separuh akhir, bekas pemain lelaki nombor satu negara Ong Beng Hee gagal meneruskan kehebatannya menyingkirkan penyandang juara David Palmer pada pusingan kedua kelmarin apabila tunduk kepada seorang lagi pemain Australia, Anthony Ricketts.
s
Beng Hee, pilihan ke-15, tidak mampu memberi cabaran bermakna buat Ricketts yang menang mudah 11-2, 11-8, 11-5 dalam masa 38 minit saja.
Berita Minggu 16 Oktober 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home