Sukan dan Hiburan

3 Wakil Negara Bergaya Ke Akhir Terbuka Belanda 2005


SEPERTI di duga kelibat pemain utama Nusa Mahsuri, Muhammad Hafiz Hashim sememangnya sukar untuk dihalang apabila mengotakan janjinya untuk melayakkan diri pertandingan akhir acara perseorangan lelaki Kejohanan Terbuka Belanda 2005 yang akan berlangsung di De Maaspoort, Den Bosch esok.
s
Di peringkat separuh akhir, Hafiz yang juga pilihan pertama kejohanan hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja untuk meranapkan impian giant killer, Sho Sasaki dari Jepun 15-6,15-5 dan seterusnya menempah tiket bertemu seorang lagi pemain negara Matahari Terbit, Shoji Sato yang juga pemain nombor satu Jepun ketika ini.
s
Sato dan Sasaki merupakan rakan sepelatih Hafiz kerana kedua-dua pernah berguru dan menerima bimbingan daripada Haji Misbun Dato' Haji Sidek pada tahun 2000 dan 2001 serta turut menyertai Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Nusa Mahsuri pada tahun tersebut bersama-sama pemain nombor satu Hong Kong, Ng Wei.
s
Kejayaan ini merupakan kali keempat Hafiz berjaya meloloskan diri ke pertandingan akhir pada tahun ini selepas Kejohanan Terbuka Jerman, Terbuka Swiss dan Terbuka Thailand. Di Swiss dan Thailand, beliau muncul sebagai juara kejohanan.
s
Kecemerlangan skuad negara hakikatnya dimulakan dengan aksi bergaya pasangan bergu wanita negara, Wong Pei Tty/Chin Eei Hui menundukkan pasangan Jepun, Aki Akao/Tomomi Matsuda dengan kemenangan dua set terus 15-7, 15-11 dalam masa 70 minit.
s
Turut membawa khabar gembira ialah kemenangan tanpa diduga, Choong Tan Fook/Lee Wan Wah ke atas bekas jaguh Indonesia yang kini bermastautin di Amerika Syarikat, Tony Gunawan/Halim Haryanto dalam perlawanan cukup mendebarkan para penonton yang memenuhi De Maaspoort.
s
Biarpun satu ketika terikat dengan kedudukan 11-11, pengalaman luas bermain di arena antarabangsa adalah faktor penentu ke arah kejayaan jaguh bergu veteran negara. Setidak-tidaknya kemenangan ini dapat mengubat kekecewaan yang menimpa pasangan Fairuzizuan Tazari/Lin Woon Fui pada satu lagi perlawanan peringkat separuh akhir.
s
Di sebalik senyum girang kem negara, berita menyedihkan telah menimpa pasangan Fairuzizuan Tazari dan Ooi Sock Ai yang terkandas kepada lawan yang lebih baik. Semangat Fairuzizuan di peringkat suku akhir kali ini nampaknya tidak mampu bertahan lama apabila dia yang berpasangan dengan Lin Woon Fui turut menerima tamparan hebat apabila tersungkur ditangan bergu nombor satu Jepun, Tadashi Othsuka/Keita Matsuda dalam perlawanan berlanjutan selama 98 minit sebentar tadi.
s
KEPUTUSAN TERKINI
Separuh Akhir
s
BERGU CAMPURAN
*2 Robert Mateusiak/Nadiezda Kostiuczyk (POL) menang ke atas *3 Wouter Claes/Nathalie Descamps (NED) 15-3,15-10 {51 minit}
Fairuzizuan Tazari/Ooi Sock Ai (MAS) kalah kepada *4 Ingo Kindervater/Kathrin Piotrowski (GER) 4-15,15-11,15-6 {72 minit}
s
BERGU WANITA
*1 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (MAS) menang ke atas Aki Akao/Tomomi Matsuda (JPN)15-7,15-11 {70 minit}
*3 Kimako Ogura/Reiko Shiota (JPN) kalah kepada Mia Audina/Lotte Bruil (NED) 13-15,12-15 {61 minit}
s
PERSEORANGAN LELAKI
*2 Shoji Sato (JPN) menang ke atas *7 Anders Boesen (DEN) 15-11, 15-3 {58 minit}
*1 Muhammad Hafiz Hashim (MAS) menang ke atas Sho Sasaki (JPN) 15-6,15-5 {30 minit}
s
PERSEORANGAN WANITA
*1 Yao Jie (FRA) menang ke atas Juliane Schenk (GER) 11-4,11-7 {29 minit}
*3 Xu Huaiwen (GER) menang ke atas *6 Kanako Yonekura (JPN) 11-8,11-1 {30 minit}
s
BERGU LELAKI
*1 Mohd Fairuzizuan Tazari/Lin Woon Fui kalah kepada *3 Tadashi Othsuka/Keita Matsuda (JPN) 14-17,15-10,11-15 {98 minit}
Choong Tan Fook/Lee Wan Wah (MAS) vs Tony Gunawan/Halim Haryanto (USA) 15-11,10-15,15-13 {75 minit}
s
(Nota: * pemain/bergu pilihan kejohanan)
sumber: Laman Web Rasmi Nusa Mahsuri

0 Comments:

Post a Comment

<< Home