Sukan dan Hiburan

Terbuka Denmark Dalam Tangan

DENMARK - Gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka Denmark menjadi milik Malaysia apabila dua pemain negara Mohd. Hafiz Hashim dan Lee Chong Wei mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir, hari ini.
`
Mohd. Hafiz Hashim menghampiri kejuaraan keempat tahun ini selepas Terbuka Belanda minggu lalu apabila melepasi peringkat separuh akhir semalam dengan mudah menundukkan pemain tuan rumah, Niels Christian Kaldau 15-1, 15-2 dalam masa 33 minit.
`
Lawan Mohd. Hafiz yang juga pilihan kedua kejohanan, Chong Wei pula mara ke aksi akhir kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai RM646,000 selepas menundukkan lawan senegara, Wong Choong Hann 17-14, 15-4 dalam masa 37 minit.
`
Terdahulu Chong Wei mara ke separuh akhir selepas mudah menundukkan pemain Belanda Dicky Palyama 15-12,15-0.
`
Choong Han pula terus hampa dalam impian memburu kejuaraan sekali pun melangkah ke separuh akhir walaupun melepasi halangan getir pemain China di suku akhir, Jin Chen apabila menang 15-13, 3-15,15-13, kelmarin.
`
Dalam pada itu, kecemerlangan pemain perseorangan lelaki gagal diteruskan oleh perseorangan wanita apabila Wong Mew Choo terus ketandusan kejuaraan apabila kandas di suku akhir kepada naib juara Terbuka Belanda, China, Jie Yao dari Belanda 5-11,11-8,5-11.
`
Dua lagi wakil beregu lelaki, Chan Chong Ming-Koo Kien Keat dan Fairuzizuan Tazari-Lin Woon Fui mencatat keputusan berbeza.
`
Chong Ming-Kien Keat mara ke separuh akhir apabila menang ke atas gandingan New Zealand, John Gordon-Daniel Shirley 15-3,15-12 di suku akhir.
`
Mereka akan menentang beregu Jepun, Shintaro Ikeda-Shuichi Sakamoto bagi penentuan ke perlawanan akhir.
`
Chong Ming-Kien Keat menang 15-3, 15-4 ke atas Eric Pang-Koen Ridder dari Belanda manakala Fairuzizuan-Woon Fui hampa di suku akhir kelmarin apabila disekat oleh beregu tuan rumah Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-11,7-15,6-15.
`
Terdahulu gandingan Boe-Mogensen menyekat juara beregu lelaki Terbuka Belanda, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah 16-17, 15-8, 15-10 pada pusingan ketiga.
`
Dalam penentuan juara beregu campuran semalam, gandingan tuan rumah Laybourn Thomas-Kamilla Rytter Juhl mudah menewaskan lawan senegara Paaske Lars-Helle Nielsen 15-8,15-9.
`
Mingguan Malaysia 23 Oktober 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home